MyOKU Fest 2025

Klang  Dec 16, 2025 — MyOKU Fest 2025 yang berlangsung di GM Klang Wholesale City menghimpunkan komuniti usahawan orang kurang upaya (OKU) dalam skala besar buat julung kalinya di Malaysia.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub ini menjadi platform penting pengiktirafan dan pemerkasaan ekonomi usahawan orang kurang upaya (OKU).

Sebanyak 43 reruai usahawan orang kurang upaya (OKU) dipamerkan melibatkan sektor makanan dan minuman, kraftangan, perkhidmatan digital, produk kreatif serta perkhidmatan profesional. Setiap reruai mencerminkan daya tahan kreativiti dan potensi usahawan OKU untuk bersaing dalam arus perdana ekonomi.

INSKEN komited untuk memperluaskan kerjasama bersama MyOKU melalui program latihan, bimbingan perniagaan, upskilling dan reskilling yang lebih tersusun serta menggalakkan penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan AI bagi meningkatkan daya saing perniagaan.

Program ini dianjurkan oleh Koperasi Usahawan MYOKU Selangor Berhad dengan sokongan rakan strategik termasuk PERKESO, KWSP, Unifi dan Bengkel Daya Klang.

–INSKEN