Falsafah Malaysia Madani mula menarik minat antarabangsa – Mustaffa

Falsafah malaysia Madani yang diperkenalkan pada awal 2023 oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mendapat perhatian ilmuan antarabangsa.

Hal itu dinyatakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti UiTM, Mustaffa Kamil Ayub yang menyampaikan pidato di Konferensi Antarabangsa kelolaan Kolej Islam Antarabangsa, KRIKH, University Thailand baru baru ini.

Dalam pidato di konferensi itu Mustaffa menggariskan latarbelakang masyarakat majmuk di Malaysia serta beberapa pendekatan dalam menangani kepelbagaian etnik-budaya.

Agenda terkini, katanya, adalah melalui Malaysia Madani yang semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama.

“Manakala di pihak penjawat awam, ianya semakin mantap penghayatan seperti penegasan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu pasukan telah pun dibentuk dalam membina indeks pencapaian Malaysia Madani serta gerak kerja ke akar umbi yang lebih aktif, terutamanya generasi muda.

Di sepanjang konferensi itu Mustaffa turut mengadakan dua perbincangan sampingan bersama Profesor Dr Jaran Maluleen, Naib Presiden KRIKH University yang juga merupakan Dekan Kolej Islam Antarabangsa KRIKH bagi mengadakan Memorandum Persefahaman bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Juga diadakan perbincangan bersama Dr Luo Yong penasihat kepada Pengerusi KRIKH bagi mewujudkan China-ASEAN Institute berpengkalan di Bangkok.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam lawatan kerja sehari tersebut diiringi oleh Datuk Nabil Abdul Kadir, Pengerusi Konsortium Usahawan Madani ((KUSMA).

Konferensi berkenaan menghadirkan kira kira 100 peserta dari negara China, Nigeria, Mesir, India, Iran, Jepun, Malaysia, Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Singapura.

-Sumber

Join the discussion